CHENGDU: Skuad badminton negara berdepan tugas getir dalam misi 'memecahkan' tembok besar China pada saingan separuh akhir Piala Thomas 2024, sekali gus mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir selepas 10 tahun, di sini.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah yang dijangka memenuhi Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone menyaksikan perlawanan pada 5 petang, esok.
"Saya lihat China memiliki kekuatan pemain perseorangan sama rata antara satu sama lain manakala peluang beregu mereka dengan kita pula 50-50.
"Dengan status sebagai tuan rumah, mereka mungkin mempunyai tekanan. Malaysia harus ambil peluang tersebut untuk memberikan persembahan terbaik dan hanya menikmati perlawanan separuh akhir esok," katanya kepada media Malaysia di sini.
Malaysia mara ke separuh akhir selepas lapan tahun dengan menyingkirkan juara 2014, Jepun 3-1 manakala China pula menundukkan juara bertahan India juga 3-1, semalam.
Rexy pada masa sama mengingatkan para pemain agar tidak terbuai dengan kejayaan mengecewakan Jepun dan kembali fokus untuk berdepan China.
Rekod empat perlawanan terakhir antara Malaysia dan China dalam kejohanan berpasukan lelaki sejak 2010 ternyata tidak memihak negara apabila tewas kesemua perlawanan itu.
Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Piala Thomas adalah pada edisi 2012 di Wuhan, China, menyaksikan tuan rumah menewaskan Malaysia 3-0, pada aksi suku akhir.
Pakar beregu dari Indonesia itu memuji persembahan pemain perseorangan utama dan kedua negara Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao, yang menampilkan prestasi mengagumkan ketika membantu Malaysia menewaskan Jepun.
Katanya, ketenangan dimiliki Zii Jia membantu pemain nombor 10 dunia itu beraksi mantap dan situasi itu telah membakar semangat Jun Hao untuk mempamerkan persembahan jitu dalam perlawanan ketiga.
Zii Jia menyumbang mata sulung negara selepas mengalahkan Kenta Nishimoto 21-13, 21-3 manakala Jun Hao, pemain di ranking ke-37 dunia mengejutkan pemain ranking ke-22, Koki Watanabe 21-13, 21-10, untuk memberikan mata kedua dalam perlawanan ketiga.
Biarpun bermula baik pada set pertama, Rexy mengakui persembahan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlalu pasif dan merudum pada dua set berikutnya sekali gus tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-18, 14-21, 19-21.
"Saya lihat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga terlalu pasif seperti Aaron-Wooi Yik dalam set pertama namun pada set kedua ada berubah sedikit dan set ketiga mereka dapat momentum sehingga berjaya mengganggu rentak lawan dan mengawal perlawanan selepas itu," katanya.
Sze Fei-Nur Izzuddin muncul wira selepas bangkit dari ketinggalan dan menamatkan permainan dengan 18-21, 21-15, 21-12, sekali gus meraih mata kemenangan Malaysia bagi menyalakan semula harapan menamatkan kemarau 32 tahun kejuaraan dalam saingan badminton berpasukan berprestij dunia.
Sementara itu, Rexy berkata peranan pakar psikologi Frederick Tan yang dibawa masuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak Februari lepas mula menampakkan impak apabila berjaya membantu barisan pemain mengekalkan kekuatan mental sehingga berjaya memenangi perlawanan menentang Jepun semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Rexy mengingatkan para pemain agar tidak terbuai dengan kejayaan mengecewakan Jepun dan kembali fokus untuk berdepan China. - Foto fail/BERNAMA
Presiden baharu Taiwan gesa China hentikan intimidasi
Lai Ching-Te selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan pada Isnin dan berikrar mengekalkan dasar luar terhadap China.
Innovathon kembali untuk musim kedua
Innovathon kembali untuk musim kedua.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: [email protected]
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: [email protected]
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Terapi naratif bantu jemaah tangani stres
Menitikberatkan soal kesihatan mental jemaah, naratif terapi yang menghasilkan Ranting Hati menjadi antara inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) di mana ia menjadi platform kepada jemaah haji Malaysia meluahkan sebarang perasaan menangani cabaran sebagai tetamu Allah di tanah suci.
[TERKINI] Gangguan bekalan air di tujuh daerah di Selangor pada 5 Jun
Gangguan bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Ugut Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua saksi
Polis merakam dua keterangan saksi bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Teresa Kok.
Dua lelaki ceroboh Istana Negara mengaku bersalah
Dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menceroboh Istana Negara dan mendakea mahu berjumpa Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.
JKR terima arahan daripada MOF melalui surat cadangan bagi setiap projek Jana Wibawa
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR), telah menerima arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat cadangan pelantikan kontraktor, bagi setiap projek pembinaan di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki membuang bayinya di sebuah kedai di Kemaman Sabtu lalu.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya Bella.
Kementerian Digital usaha tampil dasar baharu pelancaran rangkaian persendirian 5G
Kementerian Digital akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung usaha menampilkan satu dasar baharu mengenai pelancaran rangkaian persendirian 5G.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.